Dunia
Advertisements

Siapa tidak kenal dengan Jesse Lingard, pemain kebanggaan Manchester United ini. Pemain yang pernah dicanang sebagai pengganti Cristiano Ronaldo ini semakin menjadi-jadi bersama West Ham United.

Dipinjam keluar pada akhir Januari 2021, Lingard kini bangkit mempamerkan kemampuannya apabila membantu West Ham mencari kemenangan dengan gol dan assist beliau. Pada awal musim lalu, Lingard disisihkan Ole kerana aksi hebat Bruno Fernandes dan ketibaan Donny Van De Beek.

Sebelum Lingard menyertai West Ham, kelab tersebut berada di tangga ke-5 ketika itu. Malah West Ham kalah kepada Liverpool 1-3 pada awal Februari lalu.

Advertisements
5088 3392 2.58212489.jpg.gallery Impak Lingardinho Punca Aksi Hebat West Ham
Keraian gol Lingard bersama rakan pasukannya

Moyes lantas memasukkan ‘wonderkid‘ Manchester United ini pada perlawanan seterusnya dan tanpa masalah Lingard menjaringkan 2 gol untuk debutnya. West Ham seterusnya seri 0-0 bertemu Fulham dan menang selesa 3-0 bertemu Sheffield United.

Ketika bertemu Tottenham, Lingard juga berjaya menjaringkan satu gol yang memberikan West Ham 3 mata berharga. Tercalar maruah pemenang Piala Dunia 2018, iaitu Hugo Lloris.

Keputusan West Ham selepas kedatangan Lingard

Namun West ham akhirnya kalah ketika pertemuan dengan Manchester City, 2-1. Lingard bagaimanapun masih berbisa apabila melakukan assist buat Michail Antonio dalam perlawanan tersebut.

Advertisements

Perlawanan seterusnya bertemu Leeds United, Lingard kembali menerjah gawang apabila menjaringkan gol pembukaan untuk West Ham dan berkesudahan dengan kemenangan West Ham 2-0 Leeds United.

Kedudukan West Ham ketika ini

Selepas kedatangan Lingard, The Hammers hanya kalah sekali dan seri sekali serta meraih 4 kemenangan. Kini West Ham berada di tangga ke-5 liga memintas kelab besar seperti Liverpool, Tottenham dan Arsenal.

Perlawanan West Ham seterusnya adalah bertemu Manchester United. West Ham pada 9 Februari lalu pernah bertemu Manchester United untuk saingan Piala FA namun Lingard tidak beraksi ekoran syarat dalam perjanjian pinjaman pemain.

Advertisements

Bakal berkunjung ke Old Trafford 15 Mac nanti, Ole pasti pening bagaimana harus merantai pemain mereka sendiri, Lord Lingard.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram