Impian Safiq Rahim Tercapai
Inspirasi
Instagram: iglarry.i
Advertisements

Impian bekas ketua pasukan negara, Safiq Rahim untuk menubuhkan akademi bola sepak akhirnya tercapai.

Safiq Rahim mengasaskan SR8 Football Academy yang memfokuskan bakat muda yang berumur 4 hingga 12 tahun.

Pusat latihan SR8 Academy akan berada di kawasan Klang Valley termasuk Putrajaya.

Advertisements

Beliau akui ini adalah keinginannya untuk membantu meningkatkan pembangunan bola sepak negara melalui akar umbi. 

“Saya tidak kisah anak-anak boleh bermain ataupun tidak, saya akan terima semua kanak-kanak untuk bermain di akademi ini.

“Ini adalah impian saya untuk membantu pembangunan bola sepak negara,” katanya di Tiktok rasmi SR8 Football Academy. 

Advertisements

SR8 Football Academy ini akan dibantu oleh jurulatih berpengalaman yang rata-ratanya merupakan bekas pemain professional.

Kelibat bekas penjaga gol kebangsaan Norazalan Razali juga kelihatan pada hari pra-perasmian SR8 Football Academy

Pengambilan awal menerusi sesi percubaan telahpun dijalankan pada 3 Februari yang lalu dan difahamkan sesi percubaan seterusnya akan berlangsung di EV Arena, Elmina.

Advertisements

Ini merupakan salah satu usaha beliau untuk meyumbang dan membawa kecemerlangan dalam bola sepak Malaysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram