India Open: Aaron Chia & Wooi Yik Ke Separuh Akhir, Atasi Tentangan Regu China
UltraSukan
BA Malaysia
Advertisements

Cabaran beregu lelaki utama Malaysia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik di India Open 2024 diteruskan ke peringkat separuh akhir hari ini.

Ini selepas juara dunia beregu lelaki 2022 itu meleburkan tentangan regu lelaki nombor lapan dunia dari China, Liu Yuchen dan Ou Xuanyi di pentas suku akhir.

Dari segi ranking dunia, kelebihan memihak kepada Aaron dan Wooi Yik sebagai regu keempat dunia ketika ini.

Advertisements

Bagaimanapun, dari segi rekod pertemuan, kelebihan memihak kepada Yuchen-Xuanyi dengan empat kemenangan daripada lima pertemuan sebelumnya.

Kali terakhir kedua-dua beregu berseteru di gelanggang ialah perlawanan kumpulan BWF World Tour Finals yang berlangsung pada penghujung tahun lalu. Aaron-Wooi Yik tewas kepada Yuchen-Xuanyi dengan keputusan 21-19, 18-21, 20-22.

Set pertama menyaksikan kedua-dua regu bersaing sengit mendapatkan mata. Beberapa kesilapan yang dilakukan Yuchen-Xuanyi membuka ruang kepada Aaron-Wooi Yik mengungguli set pertama dengan keputusan 21-19.

Advertisements

Set kedua menyaksikan pada awalnya, regu China itu mendahului pada kedudukan 5-3. Bagaimanapun, Aaron-Wooi Yik berjaya mengejar dan menyamakan kedudukan 5-5.

Yuchen-Xuanyi semakin tertekan apabila banyak pukulan mereka mengenai jaring. Ini memberi ruang kepada juara Denmark Open 2023 itu mendahului pada kedudukan 11-6.

Yuchen-Xuanyi berjaya mengejar Aaron-Wooi Yik dengan mengikat kedudukan 19-19. Meskipun diberi tentangan sengit, regu negara kekal tenang dengan meraih kemenangan menerusi keputusan 21-19.

Advertisements

Aaron-Wooi Yik bakal menanti pemenang satu lagi aksi suku akhir antara regu tuan rumah, Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty dengan regu Denmark, Kim Astrup dan Anders Skaarup Rasmussen di pentas separuh akhir esok.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram