Indonesia Bakal Bertemu Jerman?
Dunia
PSSI & DFB Team
Advertisements

Semi finalis Piala AFF 2022, Indonesia sekali lagi memberikan khabar yang menggemparkan apabila Sang Garuda sedia menguji kekuatan Jerman bagi aksi persahabatan FIFA berikutnya.

Indonesia telah pun menggemparkan arena bola sepak Asia Tenggara selepas rasmi mengadakan persahabatan dengan juara Piala Dunia 2022, Argentina Jun lalu.

Menerusi satu pengumuman oleh EXCO PSSI, Arya Sinulingga, beliau telah memberikan tawaran kepada Persatuan Bolasepak Jerman (DFB) untuk mengadakan aksi persahabatan dengan Sang Garuda.

Advertisements

Menurutnya, pihak DFB telah bersetuju dan memberikan lampu hijau setelah menyaksikan Indonesia berjaya menganjurkan aksi berdepan Argentina dengan jayanya.

“Semalam kami sempat berbual dengan pihak DFB. Mereka bersetuju untuk menentang Indonesia kerana melihat aksi berdepan Argentina tempoh hari.”

Namun begitu, perkara ini masih belum dipastikan kerana pihak PSSI hanya melakukan penawaran sahaja buat masa ini.

Advertisements

“PSSI cukup bagus di mata luar dan sebab itulah kami mudah untuk menjemput mana-mana pasukan,” ujarnya kepada Bola Sport.

Indonesia bagaimanapun masih merahsiakan gergasi dunia yang bakal datang bagi aksi tahun hadapan.

Khabar angin menyatakan bahawa Portugal dan Maghribi berada dalam pertimbangan Indonesia untuk menguji kekuatan sebenar anak didik Shin Tae-yong terutamanya untuk beraksi di Piala Asia tahun hadapan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram