Lee Zii Jia menarik diri selepas aksi di set pertama ketika menentang Brian Yang dari Kanada di peringkat suku akhir Indonesia Masters
Lee Zii Jia yang memiliki rekod baik berdepan Brian dikejutkan dengan aksi lincah pemain muda tersebut sehingga ketinggalan 8-11.
Tidak mudah mengalah, pemain negara itu cuba bangkit namun pergerakan beliau seakan sedikit janggal sehinggakan membenarkan lawan memungut mata mudah.
Set pertama menyaksikan Zii Jia tumpas 14-21.
Ketika rehat Lee Zii Jia duduk berbincang sesuatu bersama jurulatih, Wong Tat Meng sebelum mengambil keputusan mengejut untuk menarik diri berkemungkinan disebabkan kecederaan.
Beliau kemudiannya berjalan ke arah Brian Yang dan bersalaman sebagai tanda permainan sudah tamat.
Wakil Kanada itu diberikan kemenangan dan bakal berhadapan pemenang di antara jaguh tuan rumah, Anthony Ginting atau juara dunia 2021, Loh Kean Yew pada aksi separuh akhir esok.