Indonesia Masters: Lee Zii Jia Tamatkan Kemarau Kemenangan
UltraSukan
MSN Malaysia

Penantian kemenangan jaguh perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia selama 321 hari akhirnya tamat.

Ini selepas pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 itu mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua Indonesia Masters 2026.

Zii Jia mara dengan menyingkirkan jaguh India, H.S. Prannoy di pusingan pertama yang berlangsung di Istora Senayan, Jakarta.

Selepas berjaya meraih kemenangan satu set dalam saingan India Open baru-baru ini, ramai peminat badminton negara yakin Zii Jia semakin hampir kembali ke tahap terbaik.

Keyakinan mereka terbukti apabila bekas juara Thailand Open itu berjaya meraih kemenangan 21-19 dalam set pertama.

Zii Jia terus mempamerkan prestasi baik di atas gelanggang sebelum menyingkirkan Prannoy dengan keputusan 21-11.

Kali terakhir bekas juara All England itu meraih kemenangan ialah pusingan kedua Orleans Masters 2025. Aksi itu menyaksikan beliau menyingkirkan jaguh India, Srikanth Kidambi.

Zii Jia akan berdepan wakil Thailand, Panitchapon Teeraratsakul di pusingan kedua untuk merebut tiket ke suku akhir.