Info Siaran Langsung Kelantan United vs Kedah | Liga Super 2023
Liga Super
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Pertembungan antara dua pasukan Liga Super, Kelantan United dan Kedah Darul Aman bakal berlangsung dengan cukup sengit tatkala kedua-dua pasukan bertemu hari ini.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhamad ke IV ini menyaksikan anak didik Tomas Trucha mahu bangkit dan memperoleh momentum terbaik selepas hanya mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan bertemu Perak tempoh hari.

Namun begitu, skuad kendalian Nafuzi Zain sudah pasti mahu mendapatkan tiga mata setelah mengalami dua kekalahan mengejut kepada PDRM dan Penang.

Advertisements

Kelantan United sudah tentu mahu memperbaiki kedudukan dalam Liga Super apabila terpelosok di tangga tercorot liga ketika ini.

Kesebelasan Utama Kelantan United vs Kedah

Advertisements

Info Siaran Langsung Kelantan United vs Kedah

Tarikh: 13 Mac 2023 (Isnin)
Masa: 9 Malam
Venue: Stadium Sultan Muhamad IV, Kota Bharu.
Siaran Langsung: TV2 & Sukan RTM

Advertisements

Keputusan perlawanan akan dikeluarkan sejurus perlawanan tamat di MakanBola.com.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram