Ini Dua Cara Untuk Indonesia Ke Piala Dunia
MakanBola
AFC

Skuad kebangsaan Indonesia masih berpeluang untuk ke Piala Dunia 2026 walaupun dibelasah Jepun 6-0 dalam aksi Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia Zon Asia.

Dengan kekalahan itu, Indonesia mengakhiri pusingan kelayakan pusingan ketiga di tangga keempat Kumpulan C.

Di dalam peraturan kelayakan pusingan ketiga Piala Dunia (Zon Asia), pasukan yang menghuni tangga ketiga dan keempat bagi bagi Kumpulan A, B dan C akan mara ke pusingan keempat kelayakan (playoff).

Ini bermakna akan ada sebanyak enam pasukan yang bersaing di playoff yang dibahagikan kepada dua kumpulan.

Kini Indonesia hanya mempunyai dua cara sahaja bagi menghidupkan impian untuk ke Piala Dunia tahun hadapan yang diadakan di tiga negara iaitu Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada.

Cara pertama ialah dengan menjadi juara kumpulan untuk mana-mana kumpulan di pusingan playoff (Zon Asia) dan cara terakhir buat Indonesia ialah menjadi pasukan Asia untuk beraksi di playoff antara benua.

Selain Indonesia, lima lagi pasukan yang akan bertarung dalam pusingan keempat Kelayakan Piala Dunia Zon Asia ialah Arab Saudi, Oman, Iraq, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).