Advertising
Ini Gaji Tano Solari Ketika Jadi Jurulatih JDT
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor telah mendedahkan gaji yang diterima bekas pengendali pasukan, Tano Solari.

Jurulatih muda kelahiran Argentina itu telah membantu JDT untuk mengekalkan kesemua kejuaraan domestik bagi tahun kedua berturut-turut.

Ad

Skuad Harimau Selatan bagaimanapun menerima kejutan apabila beliau diumumkan tidak lagi mengemudi pasukan bagi musim 2024/25.

Ad

Baginda dalam satu sesi soal jawab bersama peminat pada Rabu lalu menjelaskan tentang peranan yang dimainkan oleh pengendali semasa, Hector Bidoglio dan juga Tano Solari.

“Hector adalah jurulatih yang bagus tetapi menggunakan cara lama. Untuk menjaga kestabilan pasukan amat baik, tetapi dari aegi taktikal menerapkan cara lama.

Ad

“Masa kita terpaksa tamatkan perkhidmatan ketua jurulatih, Tano Solari, kita perlu mengambil orang yang boleh menjaga kestabilan pasukan.

Ad

Pemergian Solari didasari atas faktor bilik persalinan yang tidak lagi terkawal termasuklah faktor gaji menjadi antara salah satu isu utama.

Ad

“Ketika ini, situasi di bilik persalinan amat teruk. Pemain tidak lagi mahu bermain untuk jurulatih pada ketika itu.

“Saya juga tidak menyambung kontrak Tano Solari kerana ketika itu, gajinya RM400 ribu lebih setahun. Akan tetapi, dia minta saya sampai RM1.5 Juta setahun.

Tunku Ismail memilih untuk tidak meneruskan khidmatnya selepas meminta tangga gaji yang di luar kemampuan kelab.

“Saya bagitahu dia yang kelab tak mampu bayar, sebab itu dia pergi. Akhir sekali, dia pergi ke kelab yang bayar gajinya kurang RM200 ribu,” ujar baginda di laman Johor Southern Tigers.

JDT bagaimanapun kekal gah di bawah kendalian Bidoglio apabila muncul juara Piala Sumbangsih, Piala FA, Liga Super dan beraksi di final Piala Malaysia 2025.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments