Ini Sebab Utama Park Hang-seo Tolak Tawaran Kelab Indonesia
MakanBola
Vietnam Insider
Sponsors

Bekas jurulatih kebangsaan Vietnam, Park Hang-seo baru-baru ini telah menubuhkan Akademi Bola Sepak di Hanoi atas namanya sendiri. 

Sebelum ini, beliau telah menerima tawaran lumayan untuk menjadi ketua jurulatih pasukan Persib Bandung. Namun, beliau menolak tawaran tersebut.

Ad

Jurulatih berusia 65 tahun ini tekad mahu melahirkan pemain-pemain muda Vietnam yang berkualiti untuk terus bersaing ke peringkat tertinggi. 

Ad

Akademi Park Hang-seo ini memfokuskan kepada usia 5 tahun sehingga 15 tahun. Park Hang-seo sendiri yang akan bertanggungjawab menguruskan akademi tersebut dari Korea Selatan.

“Selepas bertahun-tahun berdedikasi dan berbakti kepada bola sepak Vietnam, saya sangat gembira untuk menubuhkan akademi komuniti ini dengan sasaran untuk memupuk bakat muda dan membawa bola sepak remaja Vietnam ke peringkat seterusnya.

Ad

“Moto kami ialah menghormati, menyayangi dan membangun. Matlamat kami adalah untuk menggabungkan latihan bola sepak dengan pembangunan sahsiah, memastikan pelajar kami cemerlang di dalam dan di luar padang bola sepak,” kata Park dipetik daripada Vnexpress. 

Ad

Mungkin ini salah satu sebab utama beliau menolak beberapa tawaran kerana mahu berbakti kepada Vietnam sepenuhnya.

Ad