Ads
Insiden Safiq Rahim Tular Ke Vietnam
Asia Tenggara
Johor Southern Tigers

Insiden jenayah yang menimpa pemain tengah veteran negara, Safiq Rahim bukan saja menjadi bualan peminat bola sepak Malaysia tetapi di Vietnam.

Advertisements

Nama pemain tengah Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) itu menjadi bualan ramai apabila beliau diserang dua orang individu tidak dikenali di Jalan Seri Gelam, Johor Bahru semalam.

Advertisements

Kejadian ini berlaku pada jam 10.05 malam selepas Safiq selesai mengambil barangnya di Pusat Latihan JDT.

Advertisements
Advertisements

Dua individu yang tidak dikenali menghampiri kereta yang dipandu bekas pemain tengah Selangor FC itu. Mereka kemudiannya memecahkan cermin belakang kereta sebelum salah seorang daripada penyerang menunjukkan tukul ke arah beliau.

Safiq yang takut terpaksa mengundurkan keretanya dengan kedua-dua individu tersebut kemudiannya berlalu pergi. Hal ini dinyatakan beliau dalam satu laporan polis yang turut disiarkan di akaun Instagramnya.

Advertisements

Insiden jenayah terbaru yang melibatkan pemain negara ini turut mendapat liputan portal Vietnam, The Thao 247.

Nama Safiq menjadi bualan di negara Asia Tenggara itu kerana statusnya sebagai bekas kapten Harimau Malaya. Beliau pernah meraih kejuaraan Piala AFF 2010 dan pingat emas Sukan SEA 2009.

Safiq menjadi mangsa insiden jenayah terbaru membabitkan pemain bola sepak Malaysia selepas Akhyar Rashid dan Faisal Halim.

Akhyar menjadi mangsa kes samun berhampiran kediamannya di Kuala Terengganu lima hari lalu. Manakala Faisal pula menjadi mangsa kes simbahan asid pada Ahad lepas.

Advertisements

Susulan insiden terbaru ini, JDT telah mengambil langkah meningkatkan kawalan keselamatan pemain sebagai langkah berjaga-jaga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram