Akaun Instagram pemain perancang Manchester United, Bruno Fernandes diserang peminat Portugal baru-baru ini.
The Touchline melaporkan perkara itu berlaku kerana ramai peminat A Selecao percaya Fernandes gagal menyediakan hantaran bola yang berkesan untuk disudahkan legenda negara itu, Cristiano Ronaldo.
Atas sebab itu, ramai peminat Portugal mahu pemain berusia 31 tahun itu agar lebih kerap melorongkan bola kepada Ronaldo dalam aksi pasukan itu yang seterusnya.
Komen yang dibuat seorang peminat Ronaldo di akaun Instagram milik Fernandes telah menarik komen tambahan sebanyak 20,000 orang.
Ronaldo ketika ini berdepan kemarau 10 perlawanan kejohanan besar antarabangsa tanpa sebarang gol. Ini termasuk aksi pertama Kumpulan K menentang Republik Demokratik Congo (DR Congo) baru-baru ini.
Selain hanya merekodkan 25 sentuhan bola sepanjang perlawanan, Ronaldo gagal mengancam benteng DR Congo. Malah, seorang pemain DR Congo percaya legenda Manchester United itu tidak lagi berbisa seperti dulu.
Meskipun begitu, pengurus Portugal, Roberto Martinez tetap mempertahankan Ronaldo dan percaya beliau akan kembali menyengat bila menentang Uzbekistan.