Iran dilaporkan mahu memindahkan semua perlawanan peringkat kumpulan Piala Dunia pasukan itu dari Amerika Syarikat (AS) ke Mexico.
Saluran berita Al-Jazeera melaporkan Persekutuan Bola Sepak Republik Islam Iran (FFIRI) kini mengadakan rundingan dengan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berhubung perkara itu.
Presiden FFIRI, Mehdi Taj memaklumkan keputusan itu dibuat disebabkan kebimbangan tentang status keselamatan pasukan Iran jika mereka beraksi di AS.
Situasi ini tidak dibantu dengan kenyataan Presiden AS, Donald Trump yang enggan menjamin keselamatan pasukan gergasi Asia itu jika mereka beraksi di negara berkenaan.
“Bila Presiden AS, Donald Trump secara jelas menyatakan bahawa beliau tidak boleh menjamin keselamatan skuad kebangsaan Iran, kami pastinya tidak akan pergi ke Amerika.
“When [US President Donald] Trump has explicitly stated that he cannot ensure the security of the Iranian national team, we will certainly not travel to America,”
“Kita sedang berunding dengan FIFA untuk mengadakan perlawanan Piala Dunia Iran di Mexico,” katanya.
Sebelum ini, Menteri Sukan Iran, Ahmad Donyamali memaklumkan negara itu tidak akan menyertai Piala Dunia atas faktor keselamatan.
Ini susulan konflik yang tercetus antara AS dan sekutunya, Israel dengan Iran sejak 28 Februari lalu. Iran berada dalam Kumpulan G bersama New Zealand, Mesir dan Belgium.