Donald Trump Risikokan Nyawa Pemain Iran Jika Ke Piala Dunia
MakanBola
CAFA

Presiden Amerika Syarikat (AS) mengesyorkan Iran agar tidak menyertai Piala Dunia 2026 jika tidak mahu keselamatan mereka terancam.

Syor tersebut dibuat Presiden AS, Donald Trump menerusi satu hantaran di platform media sosial beliau, Truth Social.

Meskipun bersedia mengalu-alukan kehadiran skuad Iran untuk kempen Piala Dunia, Trump memaklumkan beliau tidak boleh memberi jaminan keselamatan kepada pasukan itu.

“Skuad bola sepak kebangsaan Iran dialu-alukan ke Piala Dunia tetapi saya tak percaya ianya bersesuaian untuk mereka berada di situ atas faktor keselamatan dan nyawa mereka sendiri,” katanya seperti dilaporkan akhbar The Guardian.

Susulan itu, kenyataan tersebut mengundang rasa tidak puas hati ramai pihak. Antara yang membidas kenyataan Trump ialah wartawan sukan Itali, Nima Tavallaey Roodsari.

“FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa), anda menganjurkan tuan rumah di negara di mana presidennya telah mengancam nyawa dan keselamatan pemain salah satu pasukan yang layak ke kejohanan itu.

“Pantomim ini harus berakhir sekarang!” katanya dalam satu hantaran di X.

Kenyataan Presiden AS itu turut dibidas akaun media sosial rasmi skuad kebangsaan Iran.

651012360 18569614132002950 4887864513867406516 n Donald Trump Risikokan Nyawa Pemain Iran Jika Ke Piala Dunia

“Piala Dunia ialah sebuah kejohanan antarabangsa dan bersejarah dengan badan induknya ialah FIFA – bukan mana-mana individu atau negara.

“Skuad kebangsaan Iran dengan kekuatan keberanian anak-anak jati Iran mencapai siri kejayaan penting, antara pasukan pertama yang berjaya layak ke kejohanan besar ini. Sudah tentu tiada siapa siapa boleh mengecualikan pasukan Iran daripada Piala Dunia.

“Satu-satunya negara yang patut dikecualikan daripada ini ialah negara yang membawa gelaran tuan rumah tetapi tiada upaya menyediakan keselamatan buat tuan rumah untuk semua pasukan yang bertanding dalam kejohanan itu,” katanya di Instagram Story.

Kenyataan itu timbul selepas Menteri Sukan Iran, Ahmad Donyamali memaklumkan pasukan itu tidak akan menyertai Piala Dunia.

Ini susulan konflik yang tercetus antara AS dan Israel dengan Iran yang tercetus sejak 28 Februari lalu.