Iraq Lamar Pemain Kacukan Malaysia, Jaami Qureshi
Dunia
Advertisements

Jaami Muhammad Qureshi, pemain bola sepak kacukan Iraq-Malaysia menerima lamaran Persatuan Bola Sepak Iraq (IFA).

Previz Qureshi, bapa pemain kacukan Malaysia, Iraq dan England ini mendedahkan hal terbabit di salah satu komen diruangan Twitter seperti yang dilaporkan oleh Twitter Harimau Abroad.

“Tiada siapapun dari FAM yang menghubungi kami melainkan Iraq yang melakukannya dengan kerap.”

Advertisements

“Jadi anda boleh memberikan pandangan anda.” Jelas Perviz Qureshi kepada HarimauMalaya.

Jaami mempunyai pertalian darah Malaysia melalui ibunya yang berasal dari Perak sekaligus membenarkan Jaami untuk mewakili Malaysia menerusi peraturan pertalian darah ibu atau bapa.

Apabila ditanya adakah FAM ada menghubunginya, bapa Jaami menjelaskan ada namun hanya pada Jun 2020.

Advertisements

“..hanya pada bulan Jun 2020 selepas itu sudah tiada.”

“.. dengan sikap FAM yang tiada sebarang usaha untuk meningkatkan hubungan (dengan Jaami) ataupun insentif, maka kami mungkin melepaskan peluang ini (mewakili Malaysia).”

Jaami Qureshi merupakan pemain posisi serangan kiri/kanan yang menerima perhatian media Malaysia sejak tahun 2019 dan pernah dihubungi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada tahun 2020.

Advertisements
https://twitter.com/harimaumalaya7/status/1405912017978880002

Menurut statut undang-undang FIFA, Jaami Qureshi layak beraksi bersama Wales, England, Iraq dan Malaysia dan masa depan pemain berbakat ini kelihatan cerah dengan aksi menariknya di atas padang disamping beliau merupakan antara pemain muda harapan untuk pasukan Brighton & Hove Albion dalam saingan Liga Perdana Inggeris bawah 18 tahun.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram