Irfan & Ikhsan Fandi Disisihkan Dari Senarai Akhir Sukan SEA
Dunia
BG Pathum United
Advertisements

Dua permata Singapura, Irfan Fandi dan Ikhsan Fandi tidak tersenarai dalam skuad terakhir Singapura yang akan beraksi dalam saingan Sukan SEA di Vietnam.

Menurut portal rasmi FAS Singapura, dua pemain tersebut tidak mendapat pelepasan daripada kelab mereka iaitu BG Pathum United oleh kerana pertandingan Sukan SEA ini tiada dalam kalendar FIFA.

Ketua jurulatih Singapura, Nazri akui terkesan dengan beberapa pemain utama tidak dapat beraksi ekoran kecederaan dan tidak mendapat pelepasan daripada kelab masing-masing.

Advertisements

Namun, beliau percaya motivasi para pemain kekal sama dan mampu mempamerkan persembahan terbaik dalam pertandingan kali ini.

“Kami mungkin kehilangan beberapa pemain utama seperti Jacob dan Ikhsan malangnya, tetapi semangat dan kepercayaan pasukan tetap utuh, dengan fokus yang jelas pada tugas yang sedang dijalankan.

“Saya yakin mereka akan menyahut cabaran menentang pasukan Asean.

Advertisements

Pasukan Singapura bakal berlepas ke Nam Dinh pada 4 May ini dan akan memulakan kempen menentang pasukan Laos, Thailand, Cambodia dan Malaysia bagi kumpulan B.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram