Dunia
Advertisements

Pemain kacukan Malaysia-Amerika Syarikat, Isaac Angking bersedia sekiranya dipanggil untuk mewakili Malaysia.Ejen kepada pemain tersebut iaitu Nicco Roffo berkata Isaac sedia untuk pulang mewakili skuad kebangsaan Malaysia dalam perlawanan antarabangsa namun sehingga kini tiada komunikasi daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

“Isaac berbangga mempunyai pertalian darah Malaysia dan terbuka untuk menyarung jersi Malaysia.Buat masa sekarang tumpuannya adalah kepada kelabnya memandangkan dia baru berusia 19 tahun.”

img 5458 Isaac Angking Bersedia Wakili Malaysia, Tolak Tawaran Daripada Sarawak United

“Buat masa sekarang FAM masih belum menghubungi Isaac atau saya untuk bertanya mengenai pasukan kebangsaan tapi apa yang boleh saya kata Isaac pasti akan mempertimbangkan perkara ini.”Katanya dalam Harian Metro.

Advertisements

Selain itu, Isaac juga dikatakan menolak tawaran daripada Sarawak United untuk bermain sebagai pemain import pada musim ini.

Menurut Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), pihaknya pernah merisik pemain berusia 20 tahun itu untuk beraksi dalam Liga Premier sebagai pemain import namun Isaac dikatakan belum bersedia untuk bermain di Liga Malaysia.Isaac juga masih terikat kontrak dengan kelabnya.

Isaac kini mewakili pasukan Major League Soccer (MLS), New England Revolution dan pernah beberapa kali mewakili pasukan kebangsaan Amerika Syarikat U-17 dan juga U-20.Beliau mendapat darah Malaysia daripada ibunya yang berasal daripada Kuching,Sarawak.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram