Ismaheel Akinade Angkat Kaki Dari Kelantan FC
MakanBola
Kelantan United FC

Selepas Miguel Cifuentes meninggalkan Kelantan FC dan berhijrah ke Sabah FC, kini Kelantan kehilangan seorang lagi watak penting dalam pasukan musim ini. Pemain itu adalah penyerang berbisa mereka, Ismaheel Akinade.

Penyerang dari Nigeria itu telah mencapai kata persetujuan untuk menyertai pasukan Kelantan United FC pada jendela perpindahan kedua Liga Super yang akan dibuka pada 5 Julai. Perpindahan Ismaheel itu dikongsikan Kelantan United di laman sosial mereka.

“Kelantan United FC mengumumkan penyerang Import asal Nigeria, Ismaheel Akinade adalah pemain terbaru Sang Kijang Hijau.

Ad

“Ismaheel Akinade dibawa masuk sempena pintu perpindahan kedua yang akan dibuka awal bulan hadapan dari TRW Kelantan FC dan akan memperkuatkan pasukan sebaik sahaja pendaftaran dengan Malaysian Football League (MFL) selesai,” kongsi Kelantan United di laman instagram rasmi mereka.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by Kelantan Darul Naim FC (@kelantan_unitedfc)

Untuk rekod, Ismaheel telah hadir ke Kelantan FC pada awal Februari yang lalu. Beliau merupakan penjaring terbanyak buat pasukan Kelantan musim ini selepas meledak empat gol dalam saingan Liga Super dan dua gol dalam saingan Piala FA.

Ad
Ad