Advertising
Ismaheel Akinade Jadi Peledak Terbaru Sertai Terengganu
MakanBola
TFCTV
Sponsors

Terengganu FC memperkuat jentera serangan mereka dengan membawa masuk bekas peledak Kelantan United FC, Ismaheel Akinade.

Perpindahan beliau diumumkan pengurusan Peteh menerusi satu hantaran di media sosial rasmi Terengganu semalam.

Ad

Akinade menyertai pasukan dari Pantai Timur itu dengan kontrak semusim. Selain Kelantan United, penyerang Nigeria itu pernah beraksi untuk pasukan Kelantan FC pada musim lepas.

Ad

Penyerang yang memiliki ketinggian 1.90 meter memulakan kariernya di Ireland bersama beberapa kelab seperti Bray Wanderes, Bohemians dan Waterford.

Akinade kemudiannya berkelana ke Vietnam dan beraksi untuk beberapa kelab di sana seperti Ho Chin Minh City, SHB Da Nang dan Hong Linh Ha Tinh.

Ad

Sebelum berkelana ke Malaysia pada tahun 2023, beliau pernah beraksi untuk kelab Bangladesh,  Sheikh Russel KC.

Ad

Musim 2023 menyaksikan Akinade menyumbat 10 gol dalam 23 perlawanan untuk Kelantan dan Kelantan United.