Isu Dana Kerajaan Negeri, Amirudin Shari Jawab Kemampuan Sebenar Selangor
Liga Super
Keluar Sekejap
Advertisements

Menteri Besar Sementara Selangor, YAB Dato’ Amirudin Shari akhirnya tampil memberi penjelasan berhubung kemampuan pasukan untuk terus bersaing tanpa bantuan kerajaan negeri sepenuhnya.

Menerusi satu penjelasan dalam segmen Keluar Sekejap (KS), Ahli Parlimen Gombak ini ditanya mengenai tawaran yang telah dikemukakan kepada pasukan The Red Giants sekiranya Kerajaan Perpaduan khususnya Pakatan Harapan kekal memimpin negeri tersebut.

Seperti yang sedia maklum, Amirudin dalam manifestonya telah memberikan beberapa tawaran untuk membantu melonjakkan prestasi pasukan Salangor termasuklah kemampuan pasukan bersaing di peringkat akar umbi dan juga pasukan utama.

Advertisements

Antara sasaran utamanya adalah untuk melihat pasukan bimbingan Tan Cheng Hoe meraih kejuaraan Liga Super dan Piala Malaysia menjelang tahun 2025.

Beliau juga turut mahu merealisasikan hasrat pasukan untuk meraih kejayaan di peringkat kelab di Asia iaitu Piala AFC pada tahun 2027.

Advertisements

Amirudin memaklumkan bahawa kedudukan kewangan Selangor dalam keadaan yang agak baik dan stabil ketika ini.

Beliau bagaimanapun ditanya oleh bekas Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Khairy Jamaluddin tentang kemampuan Selangor bersaing tanpa dana kerajaan negeri sepenuhnya.

Advertisements

Beliau tampil menjelaskan situasi sebenar mengenai pasukan Lembah Klang ini.

“Dia akan kembali adakah kita ada patron (penaung) yang mampu membayar. Setakat ini satu pasukan yang mampu membayar suatu masa dahulu ialah Kelantan. Tetapi pada masa itu perbelanjaan sekitar RM10 Juta sahaja.”

Advertisements

“Sekarang ini RM10 Juta anda hanya layak bermain di Liga Perdana. Liga Super mesti RM15 Juta ke atas. Buat masa ni kerajaan kena memberikan sokongan.”

“Kerana itu jugalah dalam Selangor FC, kita ada bahagian untuk anak syarikat sebagai shareholders kerana kita mahu memberikan nilai seperti adanya PKNS dan MBI,” jelas beliau.

Amirudin bagaimanapun yakin nilainya akan sampai pada masanya namun melihat ekosistem liga di Malaysia masih belum sempurna.

Beliau juga menzahirkan rasa keterujaan dan puas hati dengan pasukan bimbingan Tan Cheng Hoe termasuklah layak ke pentas akhir Piala Malaysia 2022 dan kini bersaing hebat di tempat kedua dalam Liga Super 2023.

Anak jati Johor ini juga telah melancarkan “Tawaran Kita Selangor: Lima Tekad Untuk Lima Tahun Selangor”, sebuah manifesto daripada gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) buat para pengundi di negeri Selangor tidak lama sebelum ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram