Isu Nurshamil ‘Sampai’ Ke PFAM
Liga Super
@pfamalaysia
Advertisements

Sejak beberapa hari lepas, peminat bola sepak Kelantan FC disajikan dengan isu Nurshamil Ghani berdepan kesukaran meninggalkan pasukan itu.

Susulan dakwaan beliau perlu membayar RM50,000 kepada pengurusan Kijang untuk menamatkan kontraknya semalam, Nurshamil membawa isu ini kepada Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM).

Hari ini, beliau mengadakan pertemuan dengan pengurusan PFAM diketuai oleh Presiden, Safee Sali. Walaupun maklumat pertemuan tersebut tidak didedahkan organisasi berkenaan, ia pastinya ada kaitan dengan kemelut yang dihadapi Nurshamil ketika ini.

Advertisements

Liga Super musim ini menyaksikan The Red Warriors (TRW) berdepan pelbagai masalah dalaman termasuk kelewatan pembayaran gaji dan tindakan menahan gaji pemain.

Disebabkan semua isu ini, sesetengah pemain sudah meninggalkan kelab secara persetujuan bersama. Antara yang berbuat demikian ialah kapten Mario Arques, Nuha Marong dan Ismaheel Akinade.

Masalah kewangan juga mengakibatkan TRW tidak dapat memperkuatkan pasukan menjelang tetingkap perpindahan kedua yang bermula pada 5 Julai ini.

Advertisements

Ini selepas kelab itu dikenakan sekatan perpindahan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) baru-baru ini selepas gagal melunaskan tunggakan gaji dua bekas pemain mereka.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram