fbpx

Isu VAR & Handball: Keseronokan Premier League Terganggu

178 views

Trending Hari Ini

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Musim ini, banyak kontroversi yang berlaku dalam perlawanan Premier League membabitkan isu VAR (Video Assistance Referee) dan Handball.

Umum diketahui VAR diguna pakai untuk membantu pengadil memberi keputusan yang lebih tepat dan adil namun apa yang berlaku pula sebaliknya. Peraturan handball baharu juga diperkenalkan IFAB (International Football Association Board) untuk Premier League musim 2020/2021.

VAR

VAR adalah satu teknologi baharu yang membantu pengadil dalam membuat keputusan lebih tepat dan membantu sekiranya pengadil perlawanan terlepas pandang sesuatu insiden.

VAR hanya terlibat untuk kesalahan yang jelas dalam 4 aspek iaitu gol, penalti, layangan kad merah dan kesilapan identiti (individu yang patut menerima kad).

Bagaimana VAR Berfungsi

VAR berkomunikasi dengan pengadil padang melalui alat pendengaran di telinga pengadil. Sekiranya ada insiden yang perlu dipastikan keadaannya, Pengadil akan mengangkat tangan untuk menghentikan perlawanan dan memberitahu pemain keputusan sedang dinilai.

VAR mengulang kembali video insiden dan akan menasihati pengadil untuk mengambil tindakan atau tidak. Jikalau berlaku kesalahan, pengadil akan menunjukkan isyarat kotak seperti skrin TV untuk memberitahu berlaku perubahan dalam keputusan awal pengadil.

Jikalau keputusan tersebut tidak jelas, VAR akan menyuruh pengadil untuk melihat kembali ulang tayang di skrin yang disediakan di tepi padang. Walau bagaimanapun pengadil dinasihatkan untuk menggunakannya hanya pada waktu yang perlu dan mengurangkan penggunaan (pitch side review) untuk mengelakkan pembaziran masa.

Walaupun VAR digunakan, namun untuk situasi pitch side review, keputusan akhir terletak kepada pengadil perlawanan di atas padang.

VAR juga digunakan untuk menentukan offside. Namun keputusan VAR yang terlalu ketat sehinggakan terlebih seinci pun dikira offside menyebabkan peminat melabel VAR pembunuh bolasepak.

Peraturan Handball

Peraturan handball baharu musim ini sedikit sebanyak menimbulkan tidak puas hati dalam kalangan pemain dan pengurus pasukan. Malah penyokong bolasepak turut merasa keliru dengan peraturan ini. Apakah peraturan baharu yang ditetapkan IFAB ini? Berikut adalah peraturannya:

114671332 armpit Isu VAR & Handball: Keseronokan Premier League Terganggu

Perkara yang salah

  • Anggota tangan dan lengan yang terkena bola
  • mengangkat lengan atau tangan melebihi aras bahu
  • -engaja menyentuh bola dengan tangan/menggerakkan tangan ke arah bola
  • melebarkan badan dengan sengaja (unnaturally bigger)
  • bola terkena tangan pemain/rakan sepasukan walaupun secara tidak sengaja lalu menjaringkan gol atau mencipta peluang gol

Perkara yang tidak salah

  • bola terkena tangan namun pemain tidak melebarkan badan
  • bola terkena tangan pemain secara terus dari kepala atau badan pemain tersebut

Isu Handball Yang Tidak Konsisten

Walaupun peraturan ini telah diperkenalkan, namun terdapat beberapa perkara yang dilihat tidak jelas. Ini menyebabkan berlaku kes handball yang tidak konsisten oleh pengadil sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati penonton bolasepak.

Eric Dier (vs Newcastle)

Kontroversi handball Eric Dier ini disebabkan pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada Newcastle united selepas bola terkena tangan Eric Dier yang sedang melompat dalam situasi menghadang sepakan percuma oleh Newcastle.

skysports andy carroll eric dier 5110902 Isu VAR & Handball: Keseronokan Premier League Terganggu

Eric Dier telah melompat sambil mengangkat tangannya melebihi aras bahu serta melebarkan badannya secara tidak sengaja. Mengikut peraturan, tindakan tersebut adalah salah.

Namun apa yang mengelirukan adalah bagaimana pemain perlu melompat tanpa melebarkan badan? Sewaktu melompat, anggota badan seperti tangan pasti akan naik ke atas untuk tujuan momentum yang lebih tinggi dalam lompatan dan ianya adalah tindakan luar kawalan pemain.

Sepakan penalti diminit akhir perlawanan tersebut menyebabkan Tottenham kehilangan 3 mata berharga musim ini.

Callum Hudson Odoi (vs Manchester United)

Perkara ini juga hangat diperkatakan kerana peminat United beranggapan tindakan pengadil boleh mengubah keputusan seri 0-0. Bola jelas terkena tangan Hudson Odoi dalam kotak penalti Chelsea namun pengadil tidak menghadiahkan sebarang sepakan penalti walaupun sudah merujuk kepada VAR.

Kedudukan tangan Hudson Odoi ketika itu melebihi paras bahunya dan bola jelas terkena tangannya. Mengikut peraturan, sepatutnya penalti diberikan namun pengadil menjelaskan bahawa bola tersebut terkena tangan Greenwood terlebih dahulu sebelum terkena Hudson Odoi dan kedudukan Odoi yang membelakangi bola menyebabkan pengadil menganggap ianya tidak sengaja.

Keputusan pengadil ini bertentangan dengan insiden Eric Dier kerana sewaktu Eric Dier melompat, beliau juga dalam keadaan tidak sengaja namun pengadil tetap meberikan penalti. Penilaian yang tidak konsisten ini mencemar imej pengadil Premier League.

N’golo Kante (vs Liverpool)

Insiden ini berlaku ketika Firmino melakukan tendangan dan posisi tangan Kante yang melebihi bahunya lalu bola terkena tangan namun pengadil tidak memberikan sebarang penalti.

https s3 images.sportbible.com s3 content 207b561960419d8998f29786bb273f4f Isu VAR & Handball: Keseronokan Premier League Terganggu

Agak mengejutkan apabila VAR yang sepatutnya menasihati pengadil perlawanan tidak memaklumkan apa-apa walhal jelas bola terkena tangan Kante. Malah pengadil juga tidak menggunakan pitch side review untuk menilai kembali keputusannya.

Mario Lemina (vs Tottenham)

VAR menarik balik gol Josh Maja setelah bola tersebut terkena tangan rakan sepasukannya, Lemina. Mengikut peraturan, jikalau bola terkena tangan walaupun secara tidak sengaja lalu menjurus kepada gol atau mencipta peluang gol, ianya satu kesalahan.

https://www.youtube.com/watch?v=mEYdHqNVplA

Namun isu yang menjadi perdebatan adalah kedudukan tangan Lemina yang tidak melebarkan atau mengangkat tangannya ketika itu namun pengadil menilainya sebuah kesalahan.

Erik Pieters (vs Arsenal)

Insiden ini berlaku swaktu Nicholas Pepe cuba melepasi Erik Pieters dalam kotak penalti Burnley dan bola sepakan Pepe jelas terkena tangan Pieters. Namun pengadil tidak memberikan sepakan penalti sedangkan badan Pietes ketika itu melebar (unnaturally bigger).

Penutup

Banyak lagi sebenarnya isu VAR dan keputusan yang tidak konsisten oleh pengadil untuk musim 2020/2021 selain daripada insiden yang dikongsi kali ini. Jelas sekali VAR banyak melakukan keputusan yang tidak tepat dan peraturan handball yang mempunyai kelopongan menyebabkan Premier League musim ini dihujani kritikan penonton.

Sumber:

https://inews.co.uk/sport/football/new-handball-rule-explained-eric-dier-tottenham-newcastle-penalty-2020-ifab-change-664080

https://www.football.london/arsenal-fc/news/arsenal-penalty-var-burnley-walton-19981204

https://www.bbc.co.uk/newsround/49422767https://www.bbc.co.uk/newsround/49422767

https://www.independent.co.uk/sport/football/premier-league/handball-law-new-rule-premier-league-2020-21-ifab-b625917.html

Dapatkan notifikasi pantas di Telegram

Berita, rangkuman perlawanan dan temuramah terus ke telefon bimbit anda.
Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram