J1 League: Kawasaki Frontale Nyaris Dimalukan Consadole Sapporo
Asia
sportskeeda
Advertisements

Aksi ke-25 J1 League menyaksikan pertarungan antara pasukan gergasi, Kawasaki Frontale dan Consadole Sapporo berkesudahan dengan keputusan seri 2-2.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Todoriki Atletics menyaksikan Kawasaki dikejutkan dengan dua jaringan oleh Sapporo menerusi pemain sensasi Thailand, Supachok Sarachat dan juga Yoshiaki Komai pada babak pertama.

Bersambung babak kedua, anak buah Toru Oniki tidak sanggup dimalukan apabila menjaringkan dua gol untuk mengikat kedudukan.

Advertisements

Kawasaki memanfaatkan hukuman kad merah yang diberikan kepada pasukan pelawat apabil a Yasuto Wakizaka menjaringkan gol pertama sebelum Sasaki mengikat kedudukan menjadi 2-2.

Kemasukan bintang seperti Leandro Damiao gagal mengubah keputusan perlawanan sungguhpun 7 minit masa tambahan diberikan.

Keputusan itu menyaksikan Kawasaki merudum ke tangga ke-10 liga manakala Condadole Sapporo di tangga ke-13 J1 League setakat ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram