Jaami Qureshi Kini Masih Tiada Kelab
Dunia
Jaami Qureshi
Advertisements

Setelah dilepaskan oleh pasukan Brighton & Hove Albion, Jaami Qureshi masih belum mempunyai kelab dalam usaha beliau meneruskan karier bola sepak di England.

Umum mengetahui bahawa Jaami sememangnya tiada perancangan untuk beraksi di dalam saingan Liga Malaysia kerana difahamkan beliau mahu kekal beraksi di Liga England.

Baru-baru ini, laman twitter Harimau Abroad mendedahkan bahawa Jaami kini sedang berusaha untuk mempunyai pasukan baharu dengan yang terkini beliau sedang menjalani sesi percubaan bersama pasukan Derby County.

Advertisements

Jaami telah diturunkan dalam satu perlawanan persahabatan di antara Derby County Bawah 21 yang diwakilinya menentang pasukan Sunderland Bawah 21. Beliau hanya sempat beraksi selama 8 minit sahaja.

Perlawanan itu berkesudahan dengan Derby County tewas besar 0-4 kepada Sunderland. Jaami sebelum ini dikaitkan bakal menyarung jersi Harimau Malaya pada masa hadapan selepas pemain kacukan Malaysia-Iraq itu mengadakan perbincangan bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram