Dunia
Advertisements

Siapa tidak kenal dengan Jamie Vardy ketika ini, penyerang prolifik ini sudah berusia 33 tahun namun masih lagi konsisten dalam menjaringkan gol di Liga Perdana Inggeris.

Bercanggah dengan kebiasaan pemain yang telah melepasi era terbaik mereka apabila menjelang umur 30-an, ia berbeza buat Vardy.

jamie vardy cropped 163e9o590sec610syhgzocvx9s Jamie Vardy Makin Tua Makin Gila
Jamie Vardy kini berusia 33 tahun

Vardy masih lagi setia bersama kelab Leicester City selepas menyertainya pada 2012. Ketika itu Leicester City masih lagi bermain di Championship. Aksinya mula mendapat perhatian selepas Leicester beraksi di Premier League.

Advertisements

Setakat ini, Vardy telah mengumpul 135 gol dan 52 assist dalam 314 penampilannya bersama Leicester. Walaupun Leicester telah bertukar pengurus dari Claudio Ranieri, Craig Shakespeare, Claude Puel hingga Brendan Rodgers, Vardy masih konsisten sebagai penjaring utama kelab.

Sejak musim 2015/2016 yang cemerlang, Vardy telah menjadi penjaring terbanyak kelab setiap musim sehingga sekarang. Ketika tahun 2015 Vardy sudah berusia 28 tahun dan sedang berada di puncak usia.

Bagi kebiasaaan pemain bola sepak, usia 27-30 adalah peak age untuk mereka menikmati persembahan terbaik mereka dalam arena bola sepak.

Advertisements
Vardy & Ranieri menjulang trofi Premier League

Sesetengah pundit mengatakan Vardy hanya akan cemerlang untuk satu musim disebabkan ‘magis Ranieri’ ketika itu namun Vardy membuktikan mereka salah apabila hingga kini Vardy merupakan penyerang utama Leicester.

https://twitter.com/Everton_Way/status/1314205180624171009

Musim 2015/2016 Vardy merekodkan 24 gol dalam 36 perlawanan Premier League. Musim 2016/2017 berikutnya Vardy mencetak 13 gol dalam 35 perlawanan. 20 gol untuk musim 2017/2018 dan kemudian 18 gol untuk musim 2018/2019.

https://www.youtube.com/watch?v=jYTSTwW7sSo

Seterusnya 23 gol untuk musim 2019/2020, dan kini 5 gol dalam 4 penampilan liga musim 2020/2021, Vardy masih konsisten dalam menjaringkan gol.

Advertisements
https://twitter.com/ScentlessAppr10/status/1316423436009377792

Sejak Vardy mencapai umur 30 tahun, jumlah gol liga beliau bagi setiap musim sentiasa melebihi 15 gol.

Vardy juga dipanggil untuk menyarung jersi England dan berjaya merekodkan 7 gol dan 2 assist sepanjang 26 penampilan bersama skuad The Three Lions tersebut.

Vardy umum persaraan daripada aksi antarabangsa pada tahun 2018

Vardy pernah dirisik Arsenal selepas musim 2015/2016 namun beliau menolak dan ingin kekal di Leicester.

Advertisements

Vardy menganggap Leicester adalah kelab yang memberi nafas baru kepadanya dan ingin setia bersama The Foxes.

Jamie Vardy merupakan pemain tertua untuk memenangi Golden Boot Premier League musim lalu dengan 23 jaringan liga.

Kini, Vardy masih penyerang utama kelab walaupun usianya sudah mencecah 33 tahun. Hatrik Jamie Vardy ketika menentang Manchester  City tempoh hari membuktikan Vardy masih relevan di Premier League.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram