Jangan Padam Sejarah – Cristiano Ronaldo
Dunia
Advertisements

Cristiano Ronaldo menerusi akaun Instagramnya akhirnya mengakui bahawa beliau merupakan penjaring gol terbanyak sepanjang zaman selepas melakukan hatrik ketika Juventus menewaskan Cagliari 3-1.

“Dalam beberapa minggu yang lalu terdapat berita dan info yang menjelaskan saya merupakan penjaring terbanyak melepasi 757 jaringan rasmi Pele. Walaupun saya berterima kasih dengan gelaran tersebut namun kini sudah sampai masa untuk saya menjelaskan mengapa saya tidak mengesahkan rekod berkenaan hinggalah hari ini.”

“Pengormatan tertinggi saya buat Edson Arantes do Nascimento (Pele), menyebabkan saya mengambil kira 767 jaringannya dan mengambil kira 9 golnya bersama pasukan Negeri Sao Paulo dan juga satu jaringannya bersama pasukan tentera Brazil sebagai jaringan rasmi.”

Advertisements

“Dunia ini berubah dan bola sepak juga berubah, ini tidak bermakna kita boleh padam sejarah sesuka hati kita sendiri.”

“Hari ini saya mencapai 770 jaringan rasmi untuk kerjaya profesional dan ucapan pertama saya terus kepada Pele.”

“Tiada pemain dalam dunia ini yang dibesarkan tanpa mendengar kisah beliau (Pele), jaringannya dan pencapaiannya, dan saya tidak terkecuali.”

Advertisements

“Dan atas sebab inilah saya bersyukur dan berbangga dengan jaringan yang meletakkan diri saya di atas sekali dalam senarai penjaring, melepasi rekod Pele.”

“Ianya adalah sesuatu yang tidak pernah saya bayangkan sejak saya dibesarkan sejak kecil di Madeira.”

Selain itu Cristiano juga menetapkan pendiriannya terhadap Juventus.

Advertisements

“Sekarang saya tidak sabar untuk perlawanan seterusnya! Rekod seterusnya dan trofi! Percayalah, kisah ini masih jauh untuk tamat. Masa depan adalah esok dan masih banyak yang perlu saya menangi untuk Juventus dan Portugal!”

Dalam perlawanan Serie A sebelum ini, Ronaldo berjaya mencatat hatrik dalam perlawanan menentang Cagliari.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram