Dunia
Advertisements

Seorang penyokong Vietnam bernama Nguyen memberikan nasihat berilmiah kepada para penyokong bola sepak di Malaysia dan pengurusan bola sepak agar belajar dari kesilapan Singapura.

Dalam satu hantaran di Facebook group Sabah Supporters yang diambil dari sumber asal di ASEAN FOOTBALL, Nguyen memberikan pendapat agar Malaysia lebih berhati-hati.

duric singapore "Jangan Ulangi Kesilapan Singapura" - Nasihat Penyokong Vietnam Buat FAM
Singapore’s naturalisation of foreign origin player; Aleksander Duric – Football Association of Singapore

“Saya rasa Persatuan Bola Sepak Malaysia perlu berhenti mengambil warga asing kerana ia tidak membuatkan pasukan anda lebih kuat.”

Advertisements

“Ia akan memburukkan imej negara.”

“Mereka semua kaki kayu dan ia menghalang bakat muda anda.”

“Ingat balik 10 tahun yang lalu Singapura melakukan perkara yang sama dan lihatlah mereka sekarang. Apa sudah jadi?”

Advertisements

“Mari belajar bagaimana Vietnam membangunkan bakat muda. Terima kasih kerana mendengar pendapat saya.” jelas Nguyen di Facebook group ASEAN FOOTBALL.

Sementara itu salah seorang penyokong dari Sabah menjelaskan Malaysia mempunyai bakat muda.

“Sebelum ini pun sebenarnya kita mempunyai ramai pemain muda berbakat tetapi tidak diberikan peluang bermain. Sedih.” – Izzul Imran, penyokong Bola Sepak Sabah.

Advertisements

Pemain naturalisasi negara seperti Liridon Krasniqi dan De Paula sebelum ini dikritik hebat penyokong bola sepak Malaysia yang berang dengan cara dua pemain ini beraksi.

Pada tahun 2014 YB Khairy Jamaluddin juga pernah menentang proses naturalisasi yang hanya diberikan semata-mata kerana sukan.

Sementara itu pemerhati bola sepak Malaysia juga ada yang menggagap naturalisasi perlu diperketatkan dan hanya mengambil pemain yang benar-benar memberikan impak seperti Cabrera yang kini beraksi bersama JDT.

Advertisements

“Dia (Cabrera) ini memang bagus main tak rugi pun kalau dia jadi naturalisasi..” Jelas Royrizal Rizal di Facebook MakanBola.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram