Janji Hamidin Buat Harimau Malaya Bakal Terlaksana Jun Ini?
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Janji bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tan Sri Dato’ Hamidin Mohd Amin dijangka bakal terlaksana pada bulan Jun ini.

Usaha merevolusikan skuad Harimau Malaya telah dilaksanakan oleh DYAM Tunku Ismail dengan membawa masuk beberapa pemain warisan baharu.

Ad

Tonggak Portimonense SC, Hector Hevel menjadi tonggak terbaru yang menyarung jersi pasukan kebangsaan menentang Nepal baru-baru ini.

Ad

Walau bagaimanapun, hasrat untuk melihat kelibat pemain tengah SC Louis City 2, Wan Kuzain Wan Kamal dijangka mampu dilihat seawal Jun ini.

Beliau sebelum ini dilanda kecederaan panjang dan terlepas peluang untuk menyarung jersi Malaysia ketika aksi Pestabola Merdeka 2024 pada bulan September lalu.

Ad

Hamidin dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pemain berusia 25 tahun itu akan mewakili Harimau Malaya setelah pulih daripada kecederaan.

Ad

“Sepatutnya kali ini (Pestabola Merdeka), Wan Kuzain dah sertai kem Malaysia. Beliau telah menghubungi saya beberapa bulan lalu namun nasib tidak baik kerana Wan Kuzain sedang cedera.

Ad

“InsyaAllah selepas pulih dari kecederaan, beliau akan datang, dapat pasport dan bermain untuk Malaysia,” jelasnya ketika ditemui di Wisma FAM tempoh hari.

Malaysia memulakan kempen Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027 dengan cemerlang apabila menundukkan Nepal dengan keputusan 2-0.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments