Janji PSM Kepada Hamidin & Harimau Malaya
Harimau Malaya
MakanBola
Azri/MakanBola
Advertisements

Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memberikan jaminan kepada Harimau Malaya dan juga Datuk Hamidin Mohd Amin.

Keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sering menjadi perdebatan hangat selepas keadaannya yang kurang memuaskan.

Advertisements

Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 antara Malaysia dan Oman menjadi saksi tatkala pertahanan kanan negara, Azam Azmi Murad mengalami kecederaan ketika permainan baru melewati 25 minit.

Menerusi penjelasan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, beliau memaklumkan bahawa pihak PSM serius untuk memastikan keadaan padang bertambah baik.

Advertisements

Beliau yang ditemui MakanBola di Le Meridien Kuala Lumpur memberitahu bahawa tarikh penukaran rumput SNBJ telah pun ditetapkan iaitu sekitar bulan Julai atau Ogos selepas berakhirnya aksi penting skuad Harimau Malaya menentang Chinese Taipei.

”Saya difahamkan oleh pihak PSM dan pihak menteri iaitu YB Hannah Yeoh bahawa penukaran rumput akan dilakukan selepas aksi Kelayakan Piala Dunia pada Jun. Saya rasa mungkin dalam bulan Julai atau Ogos,” katanya ketika ditemui di Le Meredien, Kuala Lumpur.

Advertisements

Beliau turut memaklumkan bahawa satu pemeriksaan yang diketuai oleh Kim Pan-gon dan beberapa pegawai teknikal akan dijalankan bagi meninjau keadaan padang sebulan sebelum skuad negara beraksi di SNBJ.

”Setakat ini, aksi (menentang Chinese Taipei) pada bulan Jun ini akan bermain di SNBJ, tetapi kami akan adakan satu pemeriksaan pada bulan Mei ini, sebulan sebelum perlawanan. Jurulatih dan bahagian teknikal akan turun melawat padang untuk pastikan padang sesuai atau tidak.

Advertisements

PSM juga memberi jaminan bahawa kawasan padang tidak akan digunakan untuk tujuan konsert bagi memastikan keadaannya cukup bersedia bagi aksi bulan Jun nanti.

“Rumput itu (hibrid) lebih bersesuaian berbanding rumput sedia ada. PSM juga sudah berjanji tidak akan menggunakan padang untuk konsert. Bahagian trek akan digunakan.”

Advertisements

News Comments Account