Tarikh Penukaran Rumput Di SNBJ Telah Ditetapkan
Harimau Malaya
Wan/MakanBola
Advertisements

Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bakal menerima rumput baharu tidak lama lagi.

Sebelum ini, DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berkenan untuk menyumbangkan rumput baharu berjenis Hibrid bagi kegunaan skuad Harimau Malaya di SNBJ.

“Berdasarkan hasil kaji selidik tersebut dan kejayaan penyelidikan yang dijalankan oleh Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim di Larkin, Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor akan mendermakan rumput jenis hibrid yang sedang ditanam di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos kepada Stadium Nasional.”

Advertisements

Rumput baharu ini akan menggantikan rumput berjenis Zeon Zoysia yang juga hasil sumbangan DYAM Tunku Mahkkta Ismail, Pemangku Sultan Johor dan telah digunakan untuk beberapa aksi penting di SNBJ.

”Rumput Zeon Zoysia yang didermakan oleh Baginda kepada Stadium Nasional sebelum ini akan dibuka dan dipasang di padang Majlis Sukan Negara, KL Sports City.”

Advertisements

Walau pun keadaan rumput terkini dalam keadaan baik ketika aksi Battle Of The Reds Sabtu lalu, namun Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato’ Seri Haji Hamidin Bin Haji Mohd Amin tetap mengesahkan proses penukaran rumput ini akan tetap berjalan.

Menurut beliau, proses penukaran rumput ini dijangka bakal bermula sekitar bulan Julai atau Ogos selepas berakhirnya aksi penting skuad Harimau Malaya menentang Chinese Taipei.

Advertisements

”Saya difahamkan oleh pihak PSM dan pihak menteri iaitu YB Hannah Yeoh bahawa penukaran rumput akan dilakukan selepas aksi Kelayakan Piala Dunia pada Jun. Saya rasa mungkin dalam bulan Julai atau Ogos,” katanya ketika ditemui di Le Meredien, Kuala Lumpur.

Beliau turut memaklumkan bahawa satu pemeriksaan yang diketuai oleh Kim Pan-gon dan beberapa pegawai teknikal akan dijalankan bagi meninjau keadaan padang sebulan sebelum skuad negara beraksi di SNBJ.

Advertisements

”Setakat ini, aksi (menentang Chinese Taipei) pada bulan Jun ini akan bermain di SNBJ, tetapi kami akan adakan satu pemeriksaan pada bulan Mei ini, sebulan sebelum perlawanan. Jurulatih dan bahagian teknikal akan turun melawat padang untuk pastikan padang sesuai atau tidak.”

Skuad Harimau Malaya bakal berdepan tugas getir bagi meneruskan saingan dalam aksi pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026 pada Jun ini apabila akan bertandang ke Kyrgyztan sebelum menerima kunjungan Chinese Taipei beberapa hari kemudian.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram