Cuaca Buruk Tak Halang Padang SNBJ Kekal Cantik, Makin Naik Seri
Persahabatan
Wan/MakanBola
Advertisements

Keadaan padang terkini di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) kelihatan begitu cantik dan naik seri pada hari ini.

Berdasarkan tinjauan MakanBola di SNBJ petang 27 April 2024, keadaan padang di Bukit Jalil jelas berada dalam keadaan bersedia.

Hal ini susulan satu perlawanan Battle of The Reds yang bakal berlangsung pada malam 27 April yang mencetuskan persoalan hangat dalam kalangan penyokong.

Advertisements

Sebelum ini, Pengarah Eksekutif Projek Battle of the Reds, Azman Fahmi Osman telah kongsi perkembangan terbaru padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

“Kami telah dimaklumkan pihak Stadium, mereka telah menjalankan pelbagai cara untuk meningkatkan mutu padang.

Advertisements

“Bagi kami, padang tersebut ‘fit to play’ boleh bermain,” ujar Azman Fahmi dalam sidang media yang berlangsung hari ini.

Keadaan terkini padang SNBJ menunjukkan bahawa venue cukup bersedia sungguhpun menghadapi kekangan cuaca akibat hujan berterusan selama hampir 7 hari pada waktu petang.

Advertisements

Kali terakhir gelanggang ini digunakan adalah pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 yang menerima pelbagai respon daripada penyokong susulan kekalahan Harimau Malaya kepada Oman.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram