Azman Fahmi Kongsi Perkembangan Terbaru Padang SNBJ
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Pengarah Eksekutif Projek Battle of the Reds, Azman Fahmi Osman kongsi perkembangan terbaru keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) akan digunakan bagi perlawanan pertunjukkan Battle of the Reds pada 27 April ini.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memaklumkan bahwa keadaan padang ketika ini berada dalam keadaan terbaik untuk bermain.

Advertisements

“Kami telah dimaklumkan pihak Stadium, mereka telah menjalankan pelbagai cara untuk meningkatkan mutu padang. Bagi kami, padang tersebut ‘fit to play’ boleh bermain,” ujar Azman Fahmi dalam sidang media yang berlangsung hari ini.

Beliau juga menyatakan bahwa pihak PSM telah membuat segala persiapan bagi memastikan keadaan padang sentiasa terjaga.

“Saya juga mahu tekankan ini bukan perlawanan bertaraf FIFA ataupun AFC. Ini hanya perlawanan pertunjukkan. Jadi kita mengharapkan semua penonton terhibur pada hari tersebut.

Advertisements

Battle of the Reds yang dianjurkan oleh AllStar Sports Sdn Bhd ini menyaksikan kehadiran barisan legenda Manchester United dan Liverpool dalam satu perlawanan.

Pihak PSM baru-baru ini dilaporkan telah melantik kontraktor baru untuk padang SNBJ susulan pengumuman pemasangan rumput hybrid akan digunakan kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram