Battle of the Reds Bakal Meriahkan SNBJ
Persahabatan
Faris/MakanBola
Advertisements

Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bakal diserikan dengan kehadiran barisan legenda Manchester United dan Liverpool untuk aksi pertunjukan Battle of the Reds.

Perlawanan pertunjukan ini dianjurkan oleh AllStar Sports Sdn Bhd dengan kerjasama World Football League (WFL) dan ACO Media.

Menurut Pengarah Eksekutif Projek Battle of the Reds, Azman Fahmi Osman, kehadiran para legenda ini bakal membuatkan peminat bola sepak teruja.

Advertisements

Ini kerana barisan legenda ini pernah mewarnai saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan melakar pencapaian trofi bersama pasukan masing-masing.

“Kehadiran kebanyakan pemain pada hari ini menambahkan lagi keterujaan yang kian terasa menjelang hari perlawanan.

“Selain itu, para peminat juga tidak bersabar-sabar sementara menunggu untuk menyaksikan pertemuan dua pasukan dan tiket yang laris terjual menunjukkan sambutan hangat terhadap perlawanan ini,” ujar beliau dalam sidang media yang berlangsung hari ini.

Advertisements

Barisan legenda The Red Devils membarisi pasukan Manchester Reds diketuai legenda England, Teddy Sheringham. Sementara bekas jurulatih Macarthur, Dwight Yorke menggalas peranan sebagai pengurus pasukan.

Selain Sheringham, Manchester Reds turut menampilkan David May, Wes Brown, Clayton Blackmore, Keith Gillespie, Ben Thornley, Eric Djemba Djemba, Paul Rachubka, Russell Beardsmore, Lee Martin, Danny Webber, Mikael Silvestre, Quinton Fortune, Dimitar Berbatov, Erik Nevland, dan Dion Dublin.

Liverpool Reds pula menyaksikan legenda Sepanyol, Luis Garcia memegang peranan kapten. Manakala penjaga gol legenda England, David James mengisi peranan sebagai pengurus pasukan.

Advertisements

Selain Garcia, barisan legenda The Reds turut menampilkan Emile Heskey, Glen Johnson, John Arne Riise, Patrik Berger, Vladimir Smicer, Steve McManaman, Jason McAteer, Florent Sinama Pongolle, John Durnin, David Thompson, Jermaine Pennant, Djibril Cisse dan Phil Babb.

Battle of the Reds mendapat sokongan Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB), sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Perlawanan ini bakal berlangsung pada 27 April di SNBJ pada jam 8.45 malam. Penyokong yang berminat mendapatkan tiket perlawanan boleh pergi ke pautan yang disediakan di bawah.

Advertisements

Penyokong berpeluang mendapatkan tiket serendah RM78 untuk melihat barisan legenda United dan Liverpool beraksi di SNBJ. Dijangkakan lebih 40,000 penonton akan hadir untuk perlawanan tersebut.

Klik Di Sini: Tiket Perlawanan Battle of the Reds

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram