PSM Lantik Kontraktor Baru, Pastikan Padang SNBJ Bertaraf Antarabangsa
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Susulan pengumuman Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bakal menggunakan rumput hibrid, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dilaporkan mengambil tindakan awal.

Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam mendedahkan PSM dilaporkan mengambil langkah dengan melantik kontraktor baru untuk padang SNBJ.

Perlantikan kontraktor baru dibuat bagi memastikan ia memenuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) penjagaan padang stadium apabila rumput hibrid dipasang di SNBJ nanti.

Advertisements

“PSM bakal berkerjasama dengan kontraktor baru sekaligus menggunakan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang baru untuk penjagaan rumput hibrid yang akan digunakan di Stadium Nasional Bukit Jalil,” katanya di X.

Sebelum ini, Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berkenan mendermakan rumput jenis hibrid bagi kegunaan padang SNBJ pada 16 April lalu.

Advertisements

Baginda berbuat demikian selepas menerima hasil kajian tentang keberkesanan rumput hibrid yang dipasang di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos dan kesesuaian padang SNBJ untuk semua acara termasuk acara sukan.

Inisiatif ini direalisasikan selepas Tunku Mahkota Ismail mengadakan pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Windsor Paul John.

Advertisements

Sementara rumput Zeon Zoysia yang didermakan oleh baginda kepada SNBJ sebelum ini akan dibuka dan dipasang di padang Majlis Sukan Negara, KL Sports City.

PSM kemudiannya menjunjung kasih kepada Tunku Mahkota Ismail atas inisiatif tersebut. PSM juga berjanji akan terus komited menjaga padang SNBJ agar ia menepati piawaian antarabangsa.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram