PSM Hargai Nasihat Tunku Ismail, Komited Uruskan Padang SNBJ Lebih Baik
Harimau Malaya
Azri/MakanBola
Advertisements

Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) menzahirkan rasa terima kasih buat pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim, DYAM Tunku Mahkota Ismail, pemangku Sultan Johor di atas keprihatinan beliau berkenaan masalah padang di SNBJ.

Menerusi satu siaran media yang dikeluarkan di akaun media sosial Perbadanan Stadium Malaysia, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan buat DYAM Tunku Mahkota Ismail, pemangku Sultan Johor yang mengurniakan rumput baharu bagi kegunaan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor di atas kurniaan rumput jenis hibrid kepada Stadium Nasional Bukit Jalil.”

Advertisements

PSM juga menyambut baik nasihat DYAM Tunku Mahkota Ismail, pemangku Sultan Johor dan akan terus komited sehabis baik bagi menjaga dan memelihara padang agar sentiasa berada keadaan baik setelah digunakan dalam apa jua acara.

Dalam masa yang sama, PSM turut memberi jaminan bakal memberi kerjasama yang baik bersama pihak pengurusan Stadium Larkin dalam proses menerima rumput Hibrid yang berada di sana.

“Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) menyembah takzim dan menjunjung kasih atas kurniaan Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, serta menyatakan iltizam untuk terus komited bagi menguruskan sebuah padang pelbagai guna yang berdaya tahan dan fleksibel untuk acara sukan dan bukan sukan.”

Advertisements

“PSM sekali lagi menyatakan rasa sukacita yang tidak terhingga dan menjunjung tinggi kurniaan berpanjangan serta pertimbangan dan kebijaksanaan DYAM Tunku dalam menasihati PSM dalam mendepani segala cabaran mendatang. Buat masa ini, PSM akan bekerja rapat dengan pihak pengurusan Stadium Larkin dalam rangka menerima rumput hibrid ini.”

Pada Selasa, DYAM Tunku Mahkota Ismail, pemangku Sultan Johor berkenan untuk menyumbangkan rumput berjenis Hibrid bagi menggantikan rumput Zeon Zoysia yang kini sedang digunapakai di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Keputusan ini dibuat selepas meninjau hasil kaji selidik dan dititahkan oleh DYAM Tunku Mahkota Ismail, pemangku Sultan Johor selepas mengadakan pertemuan bersama YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan serta YBhg Datuk Seri Windsor John, Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram