Azam Azmi Berehat 2 Bulan
Harimau Malaya
Aima/MakanBola
Advertisements

Bek kanan Harimau Malaya, Azam Azmi Murad terpaksa melupakan aksi kompetitif untuk tempoh enam hingga lapan minggu.

Ini selepas bek kanan berusia 23 tahun itu mengalami kecederaan buku lali semasa diturunkan menentang Oman pada 26 Mac lalu.

Perkara ini didedahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terengganu FC, Mohd. Sabri Abas kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi semalam.

Advertisements

“CEO Terengganu FC, Mohd Sabri Abas sahkan Azam Azmi Murad bakal berehat untuk tempoh 6-8 minggu susulan kecederaan buku lali yang dialaminya ketika perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Oman Selasa lalu. Semoga cepat sembuh Anney,” katanya di X.

Isu ini juga memaksa jurulatih Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23), Juan Torres Garrido menggugurkan nama Azam daripada barisan pemain yang akan beraksi untuk Piala Asia B-23 2024.

Selain beliau, Garrido turut menyisihkan nama V. Ruventhiran, Richard Chin dan Rahadiazli Rahalim daripada skuad sama kerana masalah kecederaan.

Advertisements

Situasi ini turut memberi tamparan hebat kepada jurulatih Peteh, Tomislav Steinbruckner dengan Liga Super musim 2024-2025 bakal bermula pada bulan hadapan.

Tanpa kelibat Azam di bahagian bek kanan, jurulatih Croatia itu dijangka menagih sentuhan Safwan Mazlan dan Faris Abdul Rashid untuk mengisi slot berkenaan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram