Advertisements
Japan Masters: Aaron Chia & Wooi Yik Mudah Benam Cabaran Regu Taiwan
UltraSukan
UltraSukan
BA Malaysia

Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik mudah melangkah ke pusingan kedua Japan Masters 2023 hari ini.

Ini selepas mereka mengatasi cabaran regu Taiwan, Lee Yang dan Wang Chi-Lin dalam pusingan pertama kejohanan itu.

Dari segi rekod pertemuan, kedua-dua regu dilihat seimbang kerana masing-masing memiliki tiga kemenangan daripada enam pertemuan sebelum ini.

Set pertama menyaksikan kedua-dua regu bersaing sengit mendapatkan mata. Ini dibuktikan apabila Aaron-Wooi Yik hanya dipisahkan satu mata dengan Yang-Chi-Lin pada kedudukan 11-10.

Bagaimanapun, juara Terbuka Denmark itu kekal tenang menguasai perlawanan sebelum menang dengan keputusan 21-18.

Skrip sama berulang pada set kedua dengan kedua-dua regu dipisahkan satu mata pada kedudukan 11-10.

Bagaimanapun, kelebihan itu gagal dimanfaatkan Yang-Chi-Lin yang berstatus regu nombor 10 dunia itu. Ini membuka ruang kepada Aaron-Wooi Yik untuk mendahului sebelum menang dengan keputusan 21-14.

Bekas juara dunia 2022 itu bakal berdepan regu nombor 16 dunia dari Jepun, Akira Koga dan Taichi Saito dalam pusingan kedua yang berlangsung esok.