Hasrat regu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi ke separuh akhir Japan Masters 2023 tidak kesampaian hari ini.
Ini selepas mereka tewas kepada regu nombor lapan dunia dari China, Liu Yuchen dan Ou Xuanyi hari ini.
Dari segi rekod pertemuan, kelebihan memihak kepada Yuchen-Xuanyi kerana memenangi tiga daripada empat pertemuan sebelum ini.
Ini termasuk aksi final Terbuka Australia pada 2022 yang menyaksikan Yew Sin dan Ee Yi terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara.
Set pertama menyaksikan kejutan bakal dilakar Yew Sin-Ee Yi yang menduduki ranking ke-12 dunia. Mereka berjaya meraih kemenangan set pertama dengan keputusan 21-16.
Tersentak, Yuchen-Xuanyi bangkit sebelum memenangi dua set seterusnya dengan keputusan 22-20, 21-17.
Kemenangan ini menyaksikan mereka bakal bertemu rakan senegara, He Jiting dan Ren Xiangyu di pentas final esok.
Yew Sin-Ee Yi bakal fokus kepada China Masters 2023 yang akan berlangsung pada minggu hadapan.
Malangnya, mereka perlu berdepan rakan senegara dan bekas juara dunia 2022, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik di pusingan pertama.