Japan Masters: Ong Yew Sin & Ee Yi Lepasi Halangan Pertama
UltraSukan
Mikael Ropars/Badminton Photo
Advertisements

Beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi berjaya melepasi pusingan pertama Japan Masters 2023 hari ini.

Ini selepas regu yang berstatus pilihan kelapan kejohanan itu berjaya mengatasi cabaran rakan senegara, Man Wei Chung dan Tee Kai Wun.

Dari segi rekod pertemuan, kedua-dua regu dianggap seimbang kerana menang sekali daripada dua pertemuan sebelumnya.

Advertisements

Set pertama menyaksikan dominasi Yew Sin-Ee Yi di mana pada satu ketika mereka mendahului pada kedudukan 11-6.

Walaupun cuba dikejar Wei Chung-Kai Wun, regu nombor 12 dunia itu memastikan kemenangan set pertama dalam genggaman dengan keputusan 21-16.

Advertisements

Yew Sin-Ee Yi makin selesa mengawal permainan pada set kedua. Ini dibuktikan dengan mereka jauh mendahului pada kedudukan 11-2.

Naib juara Kejohanan Badminton Asia 2023 memastikan kemenangan mereka dengan keputusan 21-7. Kini, mereka menunggu lawan mereka untuk pusingan kedua yang berlangsung pada Khamis ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram