Advertising
Japan Open: Pemain No. 29 Dunia Singkirkan Lee Zii Jia
UltraSukan
Sathio Group Australian Open

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2024, Lee Zii Jia tersingkir daripada saingan Japan Open 2024 apabila tewas mengejut kepada wakil Perancis, Alex Lanier di pusingan pertama.

Kejayaan meraih pingat gangsa acara perseorangan lelaki di Paris diharap dapat dimanfaatkan anak jati Alor Setar, Kedah itu untuk tampil lebih cemerlang untuk baki musim 2024.

Ad

Tampil menentang Lanier di pusingan pertama, ini pertemuan pertama antara Zii Jia dan pemain nombor 29 dunia itu di atas gelanggang.

Ad

Set pertama menyaksikan Lanier yang berstatus naib juara Canadian Open 2024 mendahului juara Australian Open 2024 itu pada kedudukan 9-3. Kelebihan itu terus dilebarkan pada kedudukan 17-12.

Meskipun Zii Jia cuba mengejar dengan harapan dapat mengikat 20-20, Lanier memastikan itu tidak berlaku. Jaguh muda Perancis itu menang set pertama dengan keputusan 21-18.

Ad

Set kedua menyaksikan Lanier mendahului juara Thailand Open 2024 itu pada kedudukan 11-10. Zii Jia kemudiannya berjaya mengejar dan menyamakan kedudukan 12-12.

Ad

Walau bagaimanapun, permainan agresif pemain berusia 19 tahun itu memastikan set kedua jadi miliknya dengan keputusan 21-13.

Ad

Zii Jia kempunan untuk mengiringi kemaraan dua beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan Choong Hon Jian-Haikal Nazri ke pusingan kedua. Sze Fei-Izzuddin dan Hon Jian-Haikal masing-masing mara selepas menewaskan lawan di pusingan pertama.

Sze Fei-Izzuddin yang menduduki ranking ke-12 dunia menewaskan wakil Jepun, Kazuki Shibata dan Naoki Yamada. Manakala Hon Jian-Haikal pula dipaksa bekerja keras sebelum menyingkirkan wakil Jerman, Bjarne Geiss dan Jan Colin Voelker.

Lanier bakal menunggu pemenang antara Chico Aura Dwi Rahayu dari Indonesia dengan satu lagi wakil Perancis, Arnaud Merkle sebagai lawan di pusingan kedua.