Jaringan Cantik Lionel Messi Berjaya Pukau Penonton
Dunia
CONMEBOL
Advertisements

Lionel Messi sekali lagi membuktikan magis beliau apabila berjaya memukau penonton dengan jaringan cantik dalam perlawanan menentang Ecuador.

Jaringan menerusi sepakan percuma pada minit ke-78 perlawanan membantu Argentina menang tipis ke atas Ecuador bagi aksi kelayakan Piala Dunia.

Penyerang berusia 36 tahun ini sudah menjaringkan 104 gol dan mencipta 56 bantuan jaringan buat pasukan Argentina dalam 176 penampilan.

Advertisements

Lionel Messi kini telah menjaringkan 65 gol menerusi sepakan percuma dan berjaya menyamai rekod jaringan sepakan percuma David Beckham menurut Sport Brief.

https://twitter.com/LatestTango/status/1699969638438994100?t=Dpp-X_soI-6zvO63DdlUXA&s=08

Lionel Messi yang kini beraksi di liga Amerika bersama pasukan Inter Miami turut menjadi nadi utama pasukan tersebut apabila beliau sudah menjaringkan 11 gol dan 5 bantuan jaringan dalam 11 penampilan bersama Inter Miami.

Malah Messi juga masih tercalon dalam Ballon d’Or 2023 apabila beliau berjaya membawa Argentina merangkul Piala Dunia 2022 Qatar pada tahun lalu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram