Jawapan Lee Zii Jia Tentang Masa Depannya Tahun 2024
UltraSukan
Sponsors

Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis bakal menjadi fokus utama perseorangan lelaki utama Malaysia, Lee Zii Jia.

Keputusan tersebut diambil memandangkan pusingan kelayakan ke Sukan Olimpik 2024 untuk acara badminton semakin menghampiri penghujungnya.

Ad

Tempoh kelayakan ke Sukan Olimpik 2024 untuk acara badminton bermula dari 1 Mei 2023 hingga 28 April 2024.

Ad

Dengan kejohanan terakhir menawarkan mata kelayakan Olimpik untuk pemain Asia ialah Kejohanan Badminton Asia 2024 pada April ini, ramai ingin fokus untuk layak lebih awal termasuk Zii Jia.

Ad

Sekiranya berjaya layak awal ke Sukan Olimpik 2024, anak jati Alor Setar, Kedah itu mahu memberi fokus kepada persiapan ke temasya berprestij itu. Ini termasuk mengurangkan penyertaan dalam kejohanan lain.

Ad

“Saya fikir sudah tentu kejohanan yang paling besar itu ialah Sukan Olimpik. Jadi, itu satu ganjaran yang besar. Tiada yang lebih serius daripada itu dan saya mungkin tak sertai banyak kejohanan.

“Itu bergantunglah kepada persembahan saya dalam kejohanan ini. Kalau layak awal, dan ya kita akan kurang sertai kejohanan lain,” kata Zii Jia kepada media di Axiata Arena hari ini seperti dilaporkan SPOTV Malaysia.

Zii Jia kini berada pada kedudukan baik mengikut kedudukan terkini kelayakan ke Sukan Olimpik 2024.

Dan sekiranya perseorangan kedua negara, Ng Tze Yong meneruskan kemajuan yang diperlihat pada 2023, beliau mempunyai peluang besar mengiringi juara Terbuka Artik 2023 itu ke temasya berprestij berkenaan.