JDT Akui Ditawarkan Pemain Malaysia Di Luar Negara, Elak Jerat ‘Perang Bidaan’
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan terdapat percubaan ejen pemain yang menawarkan seorang pemain Malaysia yang berkelana di luar negara kepada kelab tersebut.

Menerusi satu kenyataan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JDT, Alistair Edwards, beliau memberitahu situasi sebenar berhubung perkara yang tular di media sosial itu.

Sebelum ini, menerusi laporan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, JDT difahamkan telah ditawarkan khidmat seorang pemain negara yang berkelana di luar negara namun ditolak.

Advertisements

Selepas itu, pemain tersebut difahamkan telah ditawarkan kepada pasukan pesaing Harimau Selatan untuk membawa masuk khidmatnya.

Menurut Alistair, JDT tidak akan sesekali terperangkap dengan perang bidaan tersebut.

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim mengesahkan bahawa kami telah ditawarkan seorang pemain Malaysia yang bermain di luar negara, dan Harimau Selatan telah menolak tawaran tersebut disebabkan harga yang disebutkan adalah tidak munasabah.”

Advertisements

“Kami percaya terdapat percubaan untuk meningkatkan nilai pemain dengan mencipta perang bidaan, sesuatu yang JDT tidak akan terperangkap.”

Beliau juga percaya bahawa skuad semasa JDT sudah cukup baik bagi mengharungi musim 2024/25 dan bakal beraksi di pentas Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE).

“Kami percaya skuad Harimau Selatan 2024/25 sudah mempunyai ‘squad depth’ yang baik berdasarkan beberapa pemain yang telah diumumkan setakat ini dan beberapa lagi akan menyusul dimana ia bukan sahaja memperkuatkan skuad tetapi juga menepati 40% pengurangan perbelanjaan berbanding musim sebelumnya,” ujarnya menurut laman JST.

Advertisements

JDT sebelum ini telah mengumumkan pengurangan perbelanjaan pasukan bagi musim baharu sekitar 40 peratus dengan melepaskan beberapa staf dan juga pemain.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram