“Pemain Malaysia Ditawarkan Ke JDT Tapi Ditolak, Kini Diberikan Ke Pesaing JDT” – Zulhelmi
Transfer
Johor Southern Tigers
Advertisements

Khabar mengejutkan kini menyelubungi arena bola sepak tanah air selepas difahamkan seorang pemain Malaysia yang beraksi di luar negara telah ditawarkan kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) tetapi ditolak.

Lebih mengejutkan, pemain tersebut kini difahamkan telah ditawarkan kepada salah sebuah pasukan yang menjadi ‘rival’ kepada skuad Harimau Selatan.

Perkara ini telah dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam berkenaan khabar seorang pemain Malaysia yang difahamkan sedang beraksi di luar negara telah ditawarkan kepada pasukan JDT.

Advertisements

Perpindahan ini bagaimanapun tidak menjadi kenyataan apabila JDT menolak peluang tersebut disebabkan bayaran yuran perpindahan yang amat tinggi dan melebihi bajet pasukan bagi musim 2024/25.

“Dikhabarkan ejen seorang pemain kebangsaan yg bermain di luar negara telah menawarkan khidmat pemainnya ke JDT, namun ditolak disebabkan permintaan transfer fee yang tinggi dan melebihi bajet JDT musim 2024/25.”

Pemain itu bagaimanapun kini ditawarkan untuk beraksi bersama salah sebuah pasukan yang menjadi pesaing sengit kepada JDT.

Advertisements

“Difahamkan pemain itu kini ditawarkan ke sebuah pasukan rival JDT,” ujar laporan Zulhelmi.

Beberapa komen daripada netizen mengaitkan individu seperti Dion Cools dan Wan Kuzain selain nama Nooa Laine turut menjadi sebutan.

Namun begitu, dalam satu temu bual, Dion Cools menyatakan secara jelas bahawa beliau belum mahu untuk pulang beraksi di Liga Malaysia.

Advertisements

Wan Kuzain pula baru sahaja menyambung kontrak bersama kelabnya di Amerika Syarikat, St Louis namun. identiti sebenar pemain yang dimaksudkan tidak dinyatakan secara langsung.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram