St Louis City Kekalkan Khidmat Wan Kuzain
Eropah
stlcitysc
Advertisements

Pemain Malaysia yang kini beraksi di Amerika Syarikat, Wan Kuzain Wan Kamal disahkan akan kekal bersama St Louis City 2 untuk menghadapi saingan MLS Next Pro musim akan datang.

Perkara tersebut telah diumumkan oleh pengurusan pasukan St Louis City melalui satu pengumuman di laman instagram rasmi pasukan.

“St Louis CITY2 mengumumkan bahawa kelab telah menandatangani pemain tengah Wan Kuzain dengan kontrak baru satu tahun MLS NEXT Pro, dengan pilihan kekal beraksi pada musim 2025,” umum St Louis City.

Advertisements

Sehingga kini, Wan Kuzain sudah beraksi dalam 57 perlawanan buat St Louis City 2 sejak musim 2022. Sepanjang dua musim ini, beliau sudah meledak 10 gol serta menyumbang 11 bantuan gol buat pasukannya.

Pemain kelahiran Carbondale, Illinois ini dikatakan menjadi prospek terbaharu Harimau Malaya di bawah kendalian Kim Pan-gon.

Advertisements

Untuk rekod, Wan Kuzain belum pernah mewakili Malaysia dalam apa jua pertandingan. Beliau pernah dipanggil untuk bersama skuad bawah 23 tahun negara pada November 2019 bagi menghadapi Sukan Sea namun masalah dokumentasi menyekat hasrat Kuzain mewakili negara.

Adik beliau iaitu Wan Kuzri turut pernah dipanggil ke kem skuad bawah 19 tahun negara pada beberapa tahun lepas dan pernah menjadi sasaran skuad bawah 23 tahun negara tahun lalu namun beliau tidak dapat menyertai skuad negara disebabkan isu peribadi.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram