Advertising
Selepas Beri Aksi ‘Kaw-Kaw’ Lawan KL City, JDT Bakal Kehilangan Fernando Forestieri?
MakanBola
Johor Southern Tigers

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dijangka bakal terlepas khidmat pemain import pasukan, Fernando Forestieri ketika bakal melayan kunjungan pasukan Terengganu FC Ahad ini.

Pemain kelahiran Argentina itu menjadi watak penting buat pasukan Harimau Selatan ketika mencatat kemenangan besar 3-0 ke atas juara Piala Malaysia itu.

Ad

Beliau yang turun dalam kesebelasan utama pasukan ternyata berada dalam kelas yang tersendiri apabila gerakan lincahnya sering menyukarkan tugas barisan pertahanan The City Boys.

Ad

Hal ini terbukti apabila pemain berusia 32 tahun itu tenang untuk menyempurnakan peluang yang terhidang untuk menewaskan Kevin Ray Mendoza.

Forestieri juga membentuk gandingan yang sangat baik bersama penyerang kelahiran Brazil, Bergson Da Silva yang turut menjaringkan dua gol pada malam itu.

Ad

Sungguhpun begitu, menurut satu hantaran di Instagram Story beliau, Forestieri dilihat seperti mengalami sedikit kecederaan dalam perlawanan tersebut setelah beraksi dalam semua perlawanan JDT musim ini.

Ad

Dalam hantaran tersebut, kaki bekas bintang Udinese ini berbalut sejurus selepas tamat perlawanan di Stadium Cheras itu.

Ad

Hal ini sudah pastinya mendapat reaksi yang kurang senang daripada para penyokong pasukan kendalian Benjamin Mora yang mahu melihat barisan pemain terbaik untuk turun menentang Terengganu hujung minggu ini.

JDT juga sudah pasti mahu menjarakkan di selepas pasukan Kedah Darul Aman mengekori rapat kedudukan untuk terus memburu kejuaraan liga musim ini.

Fernando JDT 1 Selepas Beri Aksi ‘Kaw-Kaw’ Lawan KL City, JDT Bakal Kehilangan Fernando Forestieri?
Instagram: Fernando Forestieri