Advertisement
JDT Bakal Terapkan Percaturan Sama Berdepan Selangor
UltraSukan
UltraSukan
JDT Futsal

Jurulatih JDT Futsal, Juan Antonio Miguel Garcia tidak berhasrat menukar sebarang taktikal apabila berdepan Selangor selepas ini.

Juan Antonio berkata, meskipun pertembungan epik ini bakal berlangsung pada bulan Ramadhan, baginya tiada perubahan dari segi persiapan

”JDT tidak mempunyai sebarang perancangan tambahan. JDT adalah satu idea (gaya permainan), tiada perubahan dan hanya persiapan seperti biasa,” katanya selepas perlawanan menentang Shah Alam City.

Tambah beliau lagi, pasukan bimbingannya itu akan terus berlatih bagi memperbaiki kelemahan pasukan sama ada ketika bertahan mahu pun menyerang.

”Hanya penambahbaikan ketika pasukan bertahan dan juga ketika kami menyerang. Bagi set piece pula bergantung kepada keadaan (di dalam permainan),” ujar jurulatih kelahiran Sepanyol itu.

“Pasukan ini akan terus berlatih setiap hari menjelang bulan Mac dan apa yang pasti tiada perubahan.”

Kemenangan JDT pada Sabtu menyaksikan kedudukan JDT di tangga teratas liga tidak berganjak selepas mencatatkan tiga kemenangan dalam tiga aksi liga setakat ini.

Aksi seterusnya, skuad Harimau Selatan akan berdepan cabaran juara MPFL 2022, Selangor Futsal di Stadium Tertutup Pasir Gudang pada 16 Mac hadapan.