Advertising
JDT & Chanatip Songkrasin Sukar Dipisahkan
ACL
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pertemuan antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga bintang kelahiran Thailand, Chanatip Songkrasin seakan sudah ditakdirkan.

Menerusi pengundian yang dibuat oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada 24 Ogos, Harimau Selatan dijadualkan berdepan lawan yang cukup hebat di Liga Juara-Juara AFC (ACL) tahun ini.

Ad

Diundi dalam Kumpulan I, pasukan bimbingan Tano Solari sekali lagi akan berdepan wakil Korea Selatan, Ulsan Hyundai dan juga gergasi Jepun, Kawasaki Frontale dengan BG Pathum melengkapkan tentangan sengit kumpulan tersebut.

Ad

Tumpuan bagaimanapun terarah kepada kelibat bintang baharu BG Pathum, Chanatip Songkrasin yang kini telah pulang beraksi di negeri kelahirannya.

Jodoh berusia 28 tahun itu dengan JDT cukup kuat apabila kelibatnya masih lagi membayangi aksi kedua-dua pasukan.

Ad

Beliau sebelum ini beraksi buat jaguh Jepun itu di J1 League selama hampir dua musim setelah kurang mendapat peluang beraksi.

Ad

Ketika kempen ACL tahun lalu, Chanatip beraksi dengan cukup cemerlang ketika membantu Kawasaki Frontale merekodkan kemenangan 5-0 ke atas JDT.

Ad

Bekas bintang Muangthong United ini beraksi 90 minit dengan menjaringkan satu gol dan mencatat satu bantuan gol.

Malah, beliau diangkat selaku pemain kedua terbaik perlawanan menurut penilaian Sofascore tahun lalu.

ECAFC788 6A6A 4C03 9B33 87B079A5EE83 JDT & Chanatip Songkrasin Sukar Dipisahkan

Pengalaman luas di pentas tertinggi bola sepak Asia yang dimiliki oleh pemain bertubuh kecil ini sudah pastinya memberi impak besar buat jentera tengah BG Pathum.

Pada musim ini, ‘Messi’ Thailand ini telah memacu cabaran pasukan pada pusingan play-off ACL apabila menang ke atas wakil China, Shanghai Port dengan keputusan 3-2.

Kemenangan ini bakal menjadi suntikan motivasi baharu buat pasukan untuk kembali memperagakan aksi terbaik setelah merekodkan 2 keputusan seri dalam aksi awal dalam liga.