Advertisements
JDT Diratah Vissel Kobe 5-1
Dunia
MakanBola

Persediaan rapi JDT di pra-musim tampak tidak menjadi selepas mudah ditewaskan Vissel Kobe 5-1 di Misaki Park.

Keljiro Ogawa terlebih dahulu meletakkan Vissel Kobe di hadapan pada minit ke-13 menerusi sepakan yang melemaskan Farizal.

JDT bangkit 14 minit kemudian selepas berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Safawi Rasid.

Selang 1 minit kemudian Vissel Kobe menghukum ‘kegembiraan JDT’ menerusi satu gerakan terus dari tengah yang disudahi Kyogo Furuhashi.

Bersambung babak ke-2 JDT bertali arus melakukan serangan namun Kobe sekali lagi menghukum kealpaan pertahanan JDT menerusi sepakan deras Keljiro Ogawa pada minit ke-58.

Kouglas dan Ogawa meneruskan pesta jaringan Vissel Kobe apabila masing-masing mudah menolak hantaran Iniesta pada minit ke-65 dan 72.

Perlawanan berakhir dengan JDT tewas 5-1 menentang Vissel Kobe yang menguasai lebih 60% pegangan bola sepanjang perlawanan.