JDT Jalin Kerjasama Dengan Toppen & IKEA
Liga Super
MakanBola
Johor Southern Tigers
Advertisements

Status Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) sebagai pasukan gergasi tanah air makin kukuh selepas menjalin kerjasama dengan Pusat Beli-belah Toppen dan IKEA Tebrau.

Kerjasama ini diumumkan menerusi satu sidang media khas yang disiarkan di laman media sosial Johor Southern Tigers hari ini.

Advertisements

Menerusi kerjasama ini, Toppen bakal menjadi destinasi rumah kelab peminat Harimau Selatan yang dikenali sebagai The Topp.

The Topp yang terletak di tingkat atas pusat beli-belah berkenaan bakal dibuka pada awal tahun depan. Rumah kelab ini bakal menampilkan gudang barangan dan ruang khas buat penyokong JDT yang berkumpul di luar stadium.

Advertisements

Toppen juga sedang berusaha mendapatkan tayangan langsung untuk semua perlawanan JDT. Sekiranya perkara ini berjaya direalisasikan, penyokong boleh menikmati siaran langsung perlawanan secara konsisten di situ sambil berbelanja di Toppen.

Sementara IKEA Tebrau pula sedang memuktamadkan satu konsep unik di mana penyokong boleh menikmati makanan IKEA kegemaran mereka dan melihat inspirasi perabot kediaman di stadium keramat JDT, Stadium Sultan Ibrahim.

Advertisements

IKEA turut menawarkan penyelesaian reka bentuk IKEA for Business untuk semua kawasan penting SSI dan promosi khas buat para penyokong yang berbelanja di IKEA Tebrau.

Bagi Pengarah Komersial Ikano Centres, Arnoud Bakker, kerjasama ini dilihat mampu memperkukuh hubungan mereka dengan penyokong yang berada di selatan tanah air.

Advertisements

“Sememangnya dimaklumi bahawa sukan mempunyai kuasa yang unik dalam menyatukan masyarakat dan memupuk perhubungan, dan inilah sebabnya destinasi kami komited terhadap pembinaan komuniti.

“Kami teruja untuk bekerjasama dengan JDT dalam memperkukuh hubungan kami dengan para peminat bola sepak di Selatan Malaysia dan mewujudkan rumah kedua bagi penyokong JDT di Johor Bahru,” katanya.

Advertisements

Pengurus IKEA Tebrau, Tony Vatuiu pula melihat kerjasama yang dijalin hari ini sebagai satu pasukan impian membabitkan IKEA, Toppen dan JDT.

“Kami amat bersukacita kerana berpeluang menjadikan IKEA Tebrau lebih mudah diakses melalui kerjasama ini.

Advertisements

“Saya benar-benar merasakan bahawa kerjasama antara IKEA Tebrau, Toppen, dan JDT akan menjadi ‘pasukan idaman’ jenama yang digemari ramai,” ujarnya.

Sentimen Vatuiu itu turut dipersetujui CEO JDT, Alistair Edwards. Dengan kerjasama ini, hubungan Harimau Selatan dan para penyokong dijangka lebih erat selepas ini.

Advertisements

“JDT berasa gembira untuk bekerjasama dengan IKEA Tebrau dan Toppen dalam misi bersama kami dalam menyatupadukan komuniti menerusi kuasa sukan.

“Kerjasama ini bukan hanya mengenai perlawanan sukan, malah juga mengenai usaha mencipta rasa kekitaan dan keterujaan untuk para peminat kami,” jelasnya.

Advertisements

IKEA dan Toppen menyertai senarai entiti dan jenama antarabangsa yang menjalin kerjasama dengan JDT. Antara jenama dan entiti tersebut ialah Nike, Aston Martin, UNICEF dan Socios.com.


Advertisements

News Comments Account